Saturday, November 17, 2012

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Kalimah, "Beraja ikhlas di hati, Bersultan adil di mata" adalah merupakan ungkapan yang ada dalam ungkapan daulat yang menjadi pegangan raja selaku payung negara. Sebagai bangsa Melayu, hendaklah terus ingat dan berpegang kepada pantang, iaitu Pantang Melayu menderhaka kepada Rajanya.

Sebelum ketulahan menerjah kepada anda, maka beringatlah. Syirik jika mempercayai ada kuasa lain yang hebat tetapi harus diingat api juga diberi kuasa untuk menyala dan membakar. Kerana itu percayalah, dijadikan raja itu adalah ketentuan yang maha esa.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. [al-Nisaa’ 4:59] 

Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya, tetapi pada mereka yang taat kepada pemimpin, percaya dan yakinlah jalan kehidupan anda yang makmur akan terbentang luas. Jika hari ini hidup ada terdesak serta pendapatan anda berkurang, atau harta yang banyak tetapi tidak memberikan manfaat. Semak kembali perjalanan hidup anda.

Fahamilah;  "Beraja ikhlas di hati, Bersultan adil di mata" itulah hebatnya raja-raja Melayu.  

Tuesday, October 23, 2012

TENGKU YUSOF PANGLIMA MENYERTAI PEPERANGAN BESUT 1875M


Tengku Yusof Panglima (Kedai Payang)
 
Petikan dari buku Sejarah Darul Iman Hingga 1337H - 1918M

Besut adalah sebuah daerah dalam Negeri Terengganu yang letaknya di bahagian utara bersempadankan Negeri Kelantan. Daerah ini adalah yang keempat besarnya antara enam daerah dalam negeri Terengganu, luasnya kira-kira 1978.76 km persegi manakala penduduknya dalam tahun 1970 lebih kurang 79,240 orang dan hampir 95% terdiri dari orang-orang Melayu.

Menurut cerita lisan orang-orang tua, nama Besut adalah nama ketua seorang pangan atau sakai. Sebelum itu, daerah ini pernah diperintah oleh seorang ketua lanun yang bergelar; "Raja Sang Nyana".

Keadaan kedudukan alam Besut dengan pulau-pulau dipersekitaran seperti Pulau Perhentian dan pulau yang berhampiran dengan tepi pantainya iaitu Pulau Ru sememangnya amat sesuai menjadi sarang lanun.

Wednesday, October 17, 2012

Pluralisma Adalah Stereotype Bahai


AKIDAH
AJARAN SESAT
PENGERTIAN AJARAN SESAT
  • Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT
  • Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
  • Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.
KETAHUILAH PENYELEWENGAN AKIDAH >>> KLIK >>>

Friday, September 28, 2012

Sentiasa Dalam Keadaan Berwudhu Amalan Bugis



Saya telah diasuh untuk mengambil wudhu sejak dari kecil lagi. Saya tinggal dan membesar di rumah datuk. Mengingat kembali latihan dan amalan diajar oleh arwah datuk, seorang peraih ikan dan juga merupakan guru al-Quran.

Seingat-ingat saya, datuk telah mengajar saya untuk mengambil wudhu setiap kali datuk mandi apabila pulang dari pasar pada waktu tengah hari.

Saya diajar satu persatu berulangkali sehinggalah saya boleh melakukannya. Saya juga diajar perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu.

Sunday, September 23, 2012

ASAL USUL NASI DAGANG TERSIMPAN RAHSIA BURASAK



Sehingga hari ini, ramai yang tidak tahu siapakah yang mula membuat nasi dagang. Sebut sahaja nasi dagang, hanya ramai yang tahu ianya berasal dari Negeri Terengganu, sebuah negeri yang berada di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut seorang tua yang saya temui, nasi dagang pada mulanya tidak dibuat oleh orang tempatan negeri Terengganu tetapi ianya dibuat oleh orang Bugis yang datang berdagang. Nasi dagang mulanya dibuat secara tidak sengaja oleh orang Bugis yang berada di Terengganu.

Friday, September 21, 2012

Setiu Pahlawan Bugis

Setiu adalah sebuah Daerah di Negeri Terengganu, Malaysia ia dikatakan berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun-tahun 1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat kemenangan.

Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang Panglima Raja Bugis.

Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda.

Anak Bugis Tidak Merokok


Sebagai anak Bugis, jika anda tidak merokok atau baru memulakannya tetapi belum ketagih merokok, kekalkan sifat itu. Anak Bugis perlu memastikan agar diri kita tidak terjebak untuk mengamalkan tabiat merokok. Seandainya, jika sudah terlibat, maka ianya belum terlambat. Sebagai bangsa Bugis, sememangnya mempunyai keazaman yang tinggi. Buktikan, inilah masanya untuk tunjukkan keupayaan kita sebagai anak Bugis, sememangnya bangsa Bugis mampu meninggalkan tabiat buruk ini.

Duit yang bazirkan itu harus dibelanjakan ke jalan yang mempunyai manfaat. Setiap sen yang dibelanjakan mestilah kearah yang mendapat redha Allah jua.

Ingat!! Merokok adalah tabiat yang merbahaya. Jika anda tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia bolehmenyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Mengapa tidak merokok atau berhenti merokok itu penting?
• Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.
• Kajian menunjukkan :
o Berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, mengurangkan risiko
mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
o Tiada risiko mendapat kanser mulut jika berhenti merokok melebihi 10 tahun.
• Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.
Apa keburukan merokok?
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
• Gigi berkarat (staining).
• Nafas berbau (halitosis).
• Penyakit gusi (penyakit periodontium).
• Kanser mulut.
Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti :
• Kanser paru-paru.
• Tekanan darah tinggi.
• Strok.
• Penyakit jantung.
• Mati pucuk.
 

Perhatian
 

Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda seorang perokok?
Anda perlu membuang tabiat merokok. Pastikan anda :
• Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.
Petua berhenti merokok
Bukan senang untuk membuang ketagihan merokok. Anda memerlukan kekuatan mental untuk membuang tabiat ini.
Beberapa petua untuk berhenti merokok :
• Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
• Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh
membuang tabiat merokok".
• Dapatkan sokongan.
• Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
o mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
o lakukan senaman
o mandi dengan lebih kerap
• Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).

Thursday, September 20, 2012

Bugis Menunaikan Haji Pada Awal Usia


Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Umat Islam dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia akan menunaikan ibadah Haji. Ibadah Haji adalah rukun yang kelima, pelengkap kepada kesempurnaan rukun Islam. Kepada Allah kita panjatkan doa semoga seluruh jemaah haji akan mendapat haji yang mabrur.

Ibadah Haji mengajar umat Islam tentang erti kesungguhan, pengorbanan, keinsafan dan kesabaran yang tinggi. Kenapa dikatakan begitu? Setiap jemaah Haji perlu menyediakan wang secukupnya untuk tujuan ini. Mana tidaknya, ada di kalangan jemaah Haji terdidik erti tidak mengenal erti putus asa menyimpan RM10 sebulan secara berterusan sehingga 30 tahun bagi mencukupkan simpanan haji mereka.

Golongan ini sangat bersemangat dan mempunyai keinginan yang tinggi bagi menunaikan Rukun Islam Ke-5 ini. Walaupun menyedari mereka terpaksa mendisiplinkan diri bersabar selama puluhan tahun untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun mereka tetap meneruskan juga simpanan. Cerita komitmen jemaah haji sebegini sepatutnya mampu memberi motivasi dan kekuatan kepada umat Islam yang lain untuk membuat tabungan khusus bagi mereaslisasikan ibadat ini.

Monday, September 17, 2012

Iya Ada Iya Gau



Arwah datuk pernah berpesan pada aku, lantas aku mengangguk dan berkata; “Ya”, dengan apa yang pekerjaan yang disuruh oleh datuk untuk dilakukan. Balas datuk; “Jangan iya-iya saja, ya mesti yang ada titik”. Dengan katanya; “Iya ada titik, huruf YA yang mempunyai dua titik di bawah”. Atau dalam pengertian maksudnya; apa yang dicakap mesti dibuat.

“Iya ada titik”. Manakala dalam bahasa Bugis pula telah menjadi prinsip; “Iya ada iya gau”, dengan mengambil tujuan penyebutan yang sama. Prinsip inilah yang tertanam dalam diri saya, saya tidak akan mengiyakan apa yang saya tidak mampu lakukan. Apa yang diucap mesti dibuktikan, dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara yang besar dan memerlukan pergorbanan.

Bugis adalah bangsa yang berani sehingga disebut Bugis bangsa pemberani dan harga diri seorang Bugis terhadap agama, bangsa dan negaranya ialah sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Bugis rela berputih tulang dan tidak sesekali untuk berputih mata. Maka, bagi Bugis nyawa adalah taruhan dari membiarkan tanah air diinjak bangsa asing.

Namum keberanian Bugis mestilah dengan cukup ‘empat tapang’ iaitu dengan keperibadian yang mantap dan dapat diteladani; benar, amanah, cerdas dan pintar. Anak-anak Bugis mempunyai ilmu persilatan dan nelayan pesisiran dan tidak mabuk dengan kucah ombak lautan.

Arwah datuk, sebelum menjadi peraih ikan adalah nelayan. Kami dapat makan ikan-ikan dan hasilan segar dari laut. Dan makanan Bugis yang disediakan telah dibuat untuk tahan lama sesuai dengan cara hidup Bugis.

Arwah datuk adalah guru Al-Quran, dan pesan datuk juga; fikir itu adalah pelita. Walau sekuat mana pun kita tetap adalagi orang yang lebih kuat.

Keberanian Bugis penuh kompromi dalam tindakan dan amat malang bagi yang menuduh Bugis adalah lanun kerana mana mungkin bangsa yang terdidik dengan agama Islam yang menyakini keEsaan Allah SWT untuk membuat kerja-kerja bacul. Rahsianya; ialah lanun sendiri kecundang dalam cubaan-cubaan untuk menyerang kapal dagangan Bugis.

Namun Bugis tidak sebegitu mudah untuk menamatkan nyawa lanun yang menyerang ini. Atas dasar kemanusiaan lanun-lanun ini dilepaskan dengan janji untuk tidak sesekali menyerang mana-mana kapal Bugis.

Memang menjadi kebiasaan penjahat yang kalah akan menunding jari kepada orang yang baik bagi melindungi keburukan mereka. Lanun-lanun inilah sememangnya petualang dan menjadi penunjuk arah pemberi jalan kepada bangsa penjajah yang datang ke rantau nusantara untuk tujuan mereka.

Datuk juga menyatakan bahawa kapal Bugis sering berulang-alik ke tanah suci Mekah dan membawa Bugis yang akan mengerjakan haji. Perjalanan laut yang jauh dan memakan masa berbulan-bulan dengan laut berangin, tenang diselangi ribut, badai dan gelora di samudera adalah mainan harian, kerja harian selain menangkap ikan untuk makan, mereka juga melakukan latihan persilatan di atas kapal, dalam ruang yang terhad dan disebelah petang membaiki alatan memancing, dan malam pula mereka akan beribadat, bertadarus, berzanji serta ‘menadah kitab’ mempelajari ilmu agama. Bergilir-gilir berjaga malam sepanjang menempuh gelora dan keselamatan dalam perjalanan.

Pe-el perangai orang Bugis ini dibentuk melalui kerjasama dalam melakukan pekerjaan dan perkongsian makanan selama berada di atas kapal menuju destinasi. Berpandu arah tuju dengan melihat bintang di langit serta keilmuan maritim yang mereka ada. Antara kehebatan orang Bugis ialah berzikir senyap tanpa didengari seiring dengan pekerjaan yang sedang dibuat. Bangsa Bugis mengharungi lautan dengan pengalaman dan cabaran merupakan pendidikan amali yang sebenar-benarnya.

Didikan adab Bugis telahpun disemai seawal usia, mengaji, solat berjemaah, bersilat dan anak-anak Bugis terdedah dengan kerja-kerja berat di kampung dan bergotong-royong. Semua ini akan membentuk sahsiah Bugis. Apabila meningkat remaja mereka akan diminta untuk segera ke tanah suci dan menunaikan haji pada usia muda dengan menaiki kapal dan disinilah ilmu untuk menjadikan seorang Bugis bangsa yang mempunyai ‘empat tapang’.

Makanya; apabila seorang Bugis bertegas dan tetaplah mereka akan perbuat. Bukanlah seorang itu Bugis jika hanya sekadar sembang sahaja. Dan diam Bugis itu umpama ubi, makin lama makin berisi. Bagi Bugis, lautan dalam sememangnya diduga kerana kailnya bukan sejengkal.

Saturday, September 15, 2012

MEMPEROLEHI 100 MARKAH BAGI SETIAP SUBJEK DALAM PEPERIKSAAN



Kehebatan anak-anak Bugis di dalam menuntut ilmu dapat dilihat dengan pencapaian keputusan bagi setiap peperiksaan awam. Jika diusuli, anak-anak Bugis sering mendapat straight A di dalam peperiksaan, apakah yang menjadikan mereka ini hebat? Sebenarnya bukan itu matlamat mereka tetapi itulah yang kelihatan terjadi.

Sebut sahaja dimana-mana universiti di Malaysia dan nusantara ini, kedapatan anak-anak Bugis yang menjadi pensyarah.

Anak-anak Bugis tekun dalam mentelaah dan sasaran untuk mendapat straight A hanya muncul kepada keputusan. Ini adalah kerana apa yang diusahakan seupaya mungkin ialah untuk mendapat 100% markah.

Dengan jadual hidup yang teratur dan anak-anak Bugis sememangnya terdidik untuk menghormati guru dan menepati masa. Mungkin beranggapan anak-anak Bugis sering dianggap skema tetapi merekalah yang telah menaikkan nama sekolah dengan menjadi wakil di bidang kokurikulum.

Dan supaya anak-anak Bugis yang lain tidak leka, dan terus mewarisi tradisi ilmu; suka saya ingatkan sekali lagi perkara yang pernah saya perturunkan kepada anak-anak saya pewaris Bugis.

1. Jadikan suatu cogankata yang bertulis “Saya ingin mencapai 100% markah dalam setiap peperiksaan".

2. Bayangkan betapa gembiranya ibubapa bila anda mencapai kejayaan straight A, anda melompat kegembiraan, mengucap tahniah sesama rakan anda, dan anda dapat masuk ke sekolah terbaik idaman anda, natijahnya anda dapat menjejaki menara gading; Universiti dan menerima segulung Ijazah.

3. Segera bertindak dan sentiasa membuat ulangkaji secara sistematik dan bersungguh-sungguh sehingga 10 kali lebih daripada orang lain.

4. Kebolehan memperbaiki kelemahan diri melalui analisa kekuatan dan kelemahan subjek serta topik yang berkenaan berdasarkan keputusan yang diperolehi serta bertindak melakukan penambahbaikan. Markah adalah pengukur keupayaan. Faham adalah resepi kejayaan.

5. Bagi subjek yang keputusan belum memuaskan, pelajar perlu memberi lebih tumpuan pada subjek berkenaan tanpa mengurangi tumpuan subjek yang dan menukar sedikit pendekatan anda.

6. Anak-anak Bugis mempunyai peribadi luhur dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua guru, sentiasa mencari jawapan dan kefahaman pada soalan-soalan yang dirasakan kurang jelas untuk menjawabnya dengan merujuk pada nota-nota dan bertanya kepada guru.

7. Anak-anak Bugis sering menjadi guru muda di dalam kelas dan tempat rujuk rakan sebaya dan mereka juga pendorong kepada rakan-rakan mereka untuk turut berjaya.

Semoga panduan ini dapat membantu kita menjadikan impian suatu kenyataan iaitu kejayaan kita bersama.

Pensyarah saya pernah berkata; "Kamu semua tidak akan mendapat 100 markah bagi kertas saya tetapi berusahalah ke arah itu kerana hakikat ganjaran atas usaha kamu ialah 1,000 (seribu) markah."

Ingat hidup ini hanyalah sementara. Tingkatkan ilmu, indahkan perilaku, agar Bugis terus menjadi bangsa yang dihormati dan digeruni kerana kita bangsa yang mempunyai budi pekerti dengan pencapaian gemilang di semua bidang.

Wasiat Raja-Raja Melayu



Sebanyak 7 Wasiat Raja-Raja Melayu daripada sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. Yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).[1]

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Raja Nazrin Shah telah merujuk kepada :

* Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5)
* Perkara 11
* Perkara 12
* Perkara 38 (5)
* Perkara 152
* Perkara 153
* Perkara 181 (1).

Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.


Friday, September 14, 2012

PANTANG-LARANG DALAM MASYARAKAT BUGIS

Pemmali merupakan istilah pantang-larang dalam masyarakat Bugis yang digunakan untuk menyatakan pantang-larang kepada seseorang yang melakukan dan mengatakan sesuatu yang tidak sesuai.

Pantang-larang sering menjadi pegangan leluhur masyarakat Bugis sebagai gelangan pendidikan tidak formal untuk membentuk budi pekerti.

Sebenarnya kata-kata Pemmali / Pantang-larang, berasal dari bahasa Arab yaitu Fiil Madi. Fiil Madi dalam bahasa Arab diertikan perbuatan/Sesuatu yang telah terjadi di masa lampau. Oleh karena itu Pantang-larang dapat diinterpretasikan perbuatan/perkataan yang telah dilakukan oleh orang tua dulu yang mendatangkan kesan sehingga terjadinya sesuatu secara kebetulan atau disengaja.

Pantang-larang dalam masyarakat Bugis dapat dilihat dalam dua elemen, iaitu pantang-larang dalam bentuk perkataan dan pantang-larang dalam bentuk perbuatan untuk sama-sama direnungi dan dinilai semula agar kita generasi baru tidak terpesong dengan akidah Islam.

Beberapa contoh pantang-larang dan maknanya.



(1) Pantang bagi seorang gadis menyanyi di dapur apabila sedang memasak atau menyiapkan makanan.

Masyarakat Bugis menjadikan pantang menyanyi pada saat sedang memasak. Akibat daripada ketidakpatuhan ini dikatakan bahawa mereka akan mendapat suami yang tua. Namun demikian dari segi ilmiah tidak terdapat hubungan antara menyanyi di dapur dengan mendapat jodoh. Kerana Jodoh itu di tentukan oleh Allah SWT. Namun demikian, pantang-larang di atas sebenarnya memiliki hubungan dengan masalah kebersihan dan kesihatan. Menyanyi di dapur dapat mengakibatkan keluarnya tampias ludah daripada mulut yang kemudian terpercik ke makanan.

(2) Gadis tidak boleh tidur sampai tengah hari sebab rezeki tidak menyinggah di rumah.

Selain itu leluhur kita mengatakan mereka yang lambat bangun akan mendapat jodoh yang lambat. Sebenarnya seorang gadis tidak baik bangun tengahari kerana ia merupakan cerminan daripada sikap malas dan boleh membantutkan kerja di dalam rumah. Hal ini perlu diperhatikan kerana masyarakat Bugis menganggap bahawa perempuan adalah pemegang kunci kepada pendidikan anak-anak dan urusan dalam rumah. JIka dikaitkan dengan lambat terima jodoh kerana lelaki tidak akan mahu berkahwin dengan wanita yang lambat bangun sebab khuatir mereka akan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dlam rumahtangga. Dari segi kesihatan pula lambat bangun akan menyebabkan badan menjadi lemah.

(3) Pantang orang tidur pagi jika jenazah jiran kita belum diusung ke tanah perkuburan.

Masyarakat Bugis dilarang tidur pagi sekiranya terdapat jiran yang meninggal dunia. Sebenarnya falsafah daripada larangan ini adalah sebagai satu simbol menghormati jenazah dan sebagai satu cara kita turut bersimpati dengan jiran. Pantang-larang ini menggambarkan betapa tingginya penghargaan masyarakat Bugis terhadap sesama manusia.

(4) Pantang bertongkat dagu sebab akan membawa sial.


Bertongkat dagu dikatakan akan membawa sial. Namun demikian makna falsafah daripada larangan ini adalah menunjukkan sikap seseorang yang pemalas. Perilaku bertongkat daku seolah-olah sesorang itu hanya berangan-angan tetapi tidak ada melakukan tindakan. Perilaku ini tidak ada hasil yang boleh didapatkan karena tidak ada pekerjaan yang dilakukan. Mereka biasanya hanya hidup menderita. Oleh itu perbuatan ini dianggap sial kerana tidak mampu melakukan pekerjaan yang mendatangkan hasil untuk memenuhi keperluan hidupnya

(5) Pantang-larang anak-anak berbaring bertiarap sebab menyumpah ibunya mati cepat.

Bagi kanak-kanak yang suka bertiarap mereka pastinya akan ditegur kerana dikatakan ingin menyumpah ibunya agar mati cepat. Sebenarnya ancaman ini mencerminkan bahawa masyarakat Bugis sangat menghormati orangtuanya sehingga larangan itu dikaitkan dengan kematian ibu. Jika kita lihat dari sudut kesihatan berbaring tiarap boleh mengakibatkan sakit di dada atau sakit perut. Pantang-larang ini berfungsi mendidik anak untuk menjadi orang memegang teguh etika, memahami sopan santun, dan menjaga budaya leluhur. Anak merupakan generasi yang harus dididik agar membesar menjadi insan berguna dan tidak memalukan keluarga.

(6) Pantang-larang bagi remaja lelaki menggunakan penutup/tudung sebagai alat makan sebab ia akan dijadikan penutup malu.

Lelaki yang menggunakan penutup benda tertentu seperti tudung periuk sebagai alat makan mengantikan piring dikatakan akan menjadi orang yang menjadi kambinghitam terhadap sesuatu masalah yang memalukan. Contoh menjadi kambing hitam penutup malu dengan menikahi gadis yang hamil di luar nikah akibat perbuatan orang lain. Meskipun bukan dia yang menghamilkan, namun dia yang ditunjuk untuk mengawini atau bertanggungjawab. Sebenarnya ancaman itu disebabkan menggunakan penutup sebagai alat makan tidak sesuai dengan adat etika ketika makan. Penutup bukan alat makan. Orang yang makan dengan penutup merupakan orang yang tidak tahu etika dan adab sopan santun semasa makan.

(7) Pantang-larang meninggalkan makanan atau minuman yang sudah dihidangkan karena biasa terkena bencana.

Pantang-larang ini memuat ajaran untuk tidak meninggalkan makanan atau minuman yang telah dihidangkan. Meninggalkan makanan atau minuman yang sengaja dibuatkan tanpa menmakannya adalah pembaziran. Makanan bagi masyarakat Bugis merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Orang yang meninggalkan makanan atau minuman tanpa merasanya merupakan wujud penolakan terhadap rezeki. Selain itu, menikmati makanan atau minuman yang dihidangkan tuan rumah merupakan bentuk penghoramatan seorang tamu terhadap tuan rumah. Sekiranya makanan dan minuman yang dihidangkan tidak dijamu atau dirasa maka ia boleh menyinggung pihak tuan rumah.

Seharusnya kita generasi baru yang diberikan ilmu harus mencari makna falsafah disebalik larangan yang diwarisi oleh leluhur kita serta menerangkan larangan itu kepada masyarakat secara hikmah . Kita jangan terus melatah dan mengata bahawa larangan tersebut tidak sesuai sebaliknya kita juga jangan terlalu mengikut secara membuta tuli. Marilah kita sama-sama menjaga budaya bangsa bangsa kita selagi ianya tidak bertentangan dengan agama.

Sunday, September 2, 2012

Kalam anjur Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis

Dipetik dari Utusan Online


Wakil Indonesia, Narwin Annas (tiga dari kiri) melihat pameran kapal bugis bersama Dr. Ahmad Nazri Muhammad Ludin (dua kiri) di Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 13 Dis 2011 - Biarpun Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terkenal dengan aktiviti berbentuk mekanikal dan teknologi, ia sedikit pun tidak meminggirkan kajian lain mengenai sejarah dan adat budaya.

Ini terbukti dengan penganjuran Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis oleh Pusat Kajian Alam Melayu (Kalam) di pusat pengajian tinggi itu baru-baru ini.

Sebanyak 24 kertas kerja dibentangkan sepanjang tiga hari program yang melibatkan 150 peserta terdiri daripada penuntut, ilmuan dan pakar sejarah.

Pengarahnya, Dr. Raja Nafidah Raja Shahminan berkata, konvensyen yang pertama kali diadakan itu memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu sejarah, kebudayaan dan senibina.

"Kita membincangkan persoalan tentang etnik Bugis supaya sejarah, budaya dan senibina dapat dikongsi bersama dan tidak kekal sebagai hikayat serta cerita sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program tersebut yang disempurnakan oleh Dekan Fakulti Alam Bina, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri Muhammad Ludin.

Menurutnya, sebelum ini Kalam telah membuat kajian mengenai senibina rumah masyarakat Bugis di Makasar, Sulawesi untuk dibandingkan dengan rumah Bugis yang terdapat di Pontian.

Menerusi kajian itu mereka melukis semula reka bentuk 30 buah rumah Bugis yang terdapat di Makasar dengan kerjasama Universiti Hasanuddin sejak dua tahun lalu.

"Hasil kajian mendapati hanya tiga buah rumah Bugis di daerah Pontian yang mirip dengan rumah Bugis yang terdapat di Sulawesi dan selebihnya berbentuk rumah Limas," katanya.

Menu warisan Bugis

Dipetik dari Kosmo Online


SHAHRIM (kanan) bersama Indok Chichuk (tengah) dan pelajarnya, Nor Syahidah ketika sesi previu masakan Bugis di UPM baru-baru ini.

KEISTIMEWAAN dan keunikan yang terdapat dalam makanan Bugis mendorong seorang pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk melakukan kajian khusus mengenainya.

Malah, biarpun bukan daripada keturunan Bugis, Prof. Madya Shahrim Ab. Karim mengambil inisiatif menulis sebuah buku masakan bertajuk Sajian Eksotik Warisan Bugis bagi memastikan keunikan kulinari Bugis terus terpelihara.

Menurut Shahrim, untuk mempelajari seni memasak makanan itu dengan lebih teliti, beliau telah tinggal bersama sebuah keluarga Bugis di Kampung Sungai Kuali, Pontian, Johor selama dua minggu.

“Individu yang banyak membantu saya dalam memahami dan mempelajari bagaimana sesuatu hidangan disediakan ialah Indok Chichuk Daeng Hadadek atau mesra dipanggil ibu. Wanita berusia 66 tahun itu tidak lokek berkongsi rahsia masakan,” jelas Shahrim sewaktu majlis mempromosikan sajian Bugis di UPM baru-baru ini.

Tambah anak kelahiran Tengkera, Melaka itu, masakan Bugis sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri. Namun, ia jarang ditemui di restoran dan kurang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini.


NASU likkuk iaitu menu dada ayam yang dimasak bersama lengkuas.

“Keistimewaan masakan ini terletak pada bahan-bahan yang digunakan, cara penyediaan dan nama makanannya yang unik. Gohu, tumpi-tumpi, nasi ulam, urang nasu gore kaluku, nasu likkuk, barongko, sorbet dan bubuk delima Bugis antara menu yang terdapat dalam buku saya ini.

“Saya mengambil masa selama satu tahun setengah untuk menyiapkan buku ini dengan dibantu oleh pelajar saya, Nor Syahidah Ismail,” ujarnya.

Buku tersebut boleh didapati di semua pengedar kedai buku terkenal pada harga RM26.00 dan mengandungi lebih 60 sajian masakan Bugis serta mempunyai lima bahagian iaitu pembuka selera, istimewa, lauk-pauk, pencuci mulut dan kuih-muih.

Buku tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada 28 April lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Masak juadah lapan jam

Dipetik dari Kosmo Online



MALAYSIA memang kaya dengan kepelbagaian budaya masyarakatnya yang berbilang kaum. Lantaran itu, tidak hairanlah, ramai pelancong malah rakyat tempatan sendiri yang menyifatkan negara kita ini sebagai syurga makan.

Jika ada yang berhajat menikmati keunikan masakan tradisi, Barat, oriental atau Mediterranean, baik yang masih mengekalkan cita rasa asli mahupun telah diubah mengikut rencah rasa tempatan, semuanya boleh didapati di Malaysia.

Antara yang menjadi kegemaran ramai dan dikenali umum ialah roti canai, nasi lemak, nasi kandar, nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional.

Namun, jika disebut beberapa nama hidangan warisan etnik Bugis seperti burasak, lepat lueh, nasu metti dan bejabok, pastinya ramai yang terpinga-terpinga, malahan ada tidak pernah mendengar dan menikmatinya.

Lain pula keadaannya di pekan Benut yang terletak di daerah Pontian, Johor. Di sini, majoriti masyarakatnya berketurunan Bugis yang berasal daripada Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

"Burasak bukanlah makanan yang pelik di sini malah ia boleh dibeli di pasar minggu.

Bagi seorang peniaga burasak yang mahu dikenali sebagai Remeng, 50-an, setiap kali minggu akhir Ramadan, dia dan keluarganya tidak menang tangan menerima tempahan daripada penduduk tempatan, malah ada yang juga peminat burasak yang sanggup datang dari Johor Bahru dan Singapura menempah burasak dengannya.

"Setiap minggu saya menjual burasak di pekan Tampok. Pada bulan puasa pula, saya menjualnya pada setiap petang.

"Seminggu sebelum raya, perniagaan menjadi semakin sibuk kerana ramai pelanggan yang menempah burasak untuk dijadikan hidangan di pagi Syawal," katanya yang mengusahakan perniagaan tersebut sambil dibantu isteri dan anak-anaknya.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha burasak di Benut, Bachok Ambok Lelang, 63, memberitahu, rupa burasak seakan-akan ketupat nasi yang dicampur dengan sedikit santan. Bentuknya pula leper seakan lepat pisang namun lebih tebal dan saiznya sedikit besar dan lebar.

"Kalau ramuannya seperti memasak nasi lemak, cuma tidak perlu ditambah bawang, halia ataupun serai hanya beras wangi, santan dan sedikit garam.

"Memasak burasak tidaklah rumit tetapi mengambil masa yang cukup lama. Mana tidaknya, ia perlu direbus antara tujuh hingga lapan jam untuk menghasilkan burasak yang teksturnya lembut dan tahan lebih lama," ujar Bachok ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini.

Burasak yang rasanya sedikit lemak enak dimakan panas-panas bersama nasu metti atau asam pedas ikan parang.


SEBONGKAH burasak biasanya mempunyai lima atau 10 keping burasak yang dibungkus secara berasingan.

"Tradisinya, orang Bugis akan makan burasak dengan ikan parang, sama ada yang dimasak asam pedas ataupun masak kicap," katanya.

Selain burasak, satu lagi makanan tradisional masyarakat Bugis yang biasa dihidang ketika musim perayaan ialah lepat lueh.

Seperkara yang unik tentang makanan ini, ia sejenis hidangan berasaskan pulut yang berbentuk tiga segi seperti atap rumah.

"Memasak pulut lueh sama seperti burasak. Pulut perlu ditanak separuh masak dan kemudiannya disejukkan sebelum dibungkus menggunakan acuan berbentuk tiga segi. Ia juga perlu direbus selama lapan jam.

"Jika burasak enak dimakan dengan asam pedas ikan parang, lepat lueh pula sedap dijamah dengan nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas.

"Bagi yang tidak biasa memasak, tempoh merebus yang cukup lama memang jadi satu cabaran kerana api dan air perlu sentiasa dipantau, apatah lagi jika memasak menggunakan dapur kayu.

"Namun, hasilnya memang memuaskan. Burasak dan lepat lueh boleh bertahan sehingga seminggu tanpa perlu disimpan di dalam peti ais.

"Begitupun, ada petuanya. Pulut atau nasi yang telah ditanak perlu disejukkan kira-kira sejam atau dua jam sebelum dibungkus bagi mengelakkan ia daripada cepat basi," ujar Bachok.

Jelasnya lagi, memandangkan kedua-dua juadah ini boleh bertahan lama, ia biasanya dimasak dua hari sebelum raya bagi mengelakkan kesibukan di dapur menjelang malam raya.

Daun pisang nipah


Jangan tidak tahu, bukan sebarang daun pisang boleh digunakan untuk membungkus burasak dan lepat lueh.

"Hanya daun pisang nipah sahaja yang boleh digunakan untuk membungkus burasak dan lepat lueh. Bukan tidak boleh guna daun pisang lain tetapi dikhuatiri pulut atau nasi akan menjadi pahit.

"Daun pisang pula harus dipilih di bahagian pucuknya atau paling muda. Daun pisang yang tua tidak boleh digunakan kerana keras dan mudah koyak," ujarnya.

Menurut sejarahnya, makanan tahan lama yang berasal dari Kepulauan Sulawesi ini sering menjadi pilihan pedagang Bugis sebagai bekalan pelayaran.

Meninjau cara memasak hidangan wajib bagi masyarakat Bugis ini, apa yang boleh disimpulkan, hampir ke semua juadah utamanya mengambil masa yang lama untuk dimasak!


BURASAK yang direbus lapan jam boleh bertahan sehingga seminggu.

Menurut pakar masakan warisan daripada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, juadah raya masyarakat Bugis memang unik berbanding masakan masyrakat lain.

"Jika masyarakat Melayu, Minang mahupun Jawa banyak menggunakan ayam, daging lembu ataupun daging kerbau dalam masakan, lain pula halnya dengan masyarakat Bugis.

"Selain ayam, mereka turut menggunakan hasil laut dalam menu lebaran. Contoh paling mudah, masak asam pedas ikan parang dan bejabok atau serunding udang kering," katanya.

Jurnal yang diberi kesempatan melihat proses penyediaan burasak, nasu metti atau asam pedas ikan parang, nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas dan bejabok atau serunding udang kering.

Sebagai pelengkap juadah manisan berasaskan telur dan pisang seperti baulu pecak yang rupanya seakan nekbak di Kelantan dan lepat pisang tanpa tepung atau barongko turut disediakan.

"Burasak perlu disediakan terlebih dahulu kerana ia memerlukan masa yang lama untuk direbus. Cara membuatnya mudah sahaja.

"Dengan menggunakan beras wangi yang ditanak separuh masak dengan santan dan sedikit garam untuk penambah lemak.

"Setelah nasi masak, ketepikan dan sejukkan lebih kurang dua jam. Selepas itu, ambil tiga sudu beras dan letakkan di atas pucuk daun pisang nipah yang telah dibersihkan. Ratakan nasi dalam bentuk empat segi tepat.

"Selepas siap lima bungkus, satukan burasak dan balut dengan daun pisang nipah tua yang telah dilayurkan.

"Bungkus sebanyak dua kali dan ikat kemas bongkah burasak dengan tali rafia. Sekarang, burasak siap untuk direbus," ujar Shahrim.

Belajar dua minggu

Menyediakan nasu likkuk atau rendang ayam lengkuas pula tidak banyak bezanya dengan rendang biasa cuma masakan ini menggunakan jumlah lengkuas yang banyak.

"Untuk seekor ayam yang beratnya 1.5 kilogram (kg), setengah kg lengkuas diperlukan.

"Selain lengkuas, bawang putih, bawang merah dan serai, masakan ini juga menggunakan cili api dan rempah-rempah seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis.


JUADAH nasu likkuk dimasak seperti rendang tetapi menggunakan lengkuas dalam jumlah yang banyak.

"Semua bahan perlu dikisar halus sebelum dimasak dengan sempurna kira-kira 45 minit.

"Selepas itu, barulah ayam dimasukkan. Apabila daging sudah kecut, masukkan pula santan pekat. Masak sehingga ayam lembut dan kuah mengering," jelas Shahrim.

Tambahnya, masakan nasu likkuk ini amat digemari oleh masyarakat Bugis mahupun masyarakat di Nusantara.

"Bagi yang pertama kali menikmatinya, jangan risau, saya jamin anda pasti akan menyukainya," ujarnya.

Biarpun bukan daripada keturunan Bugis, lelaki ini mengambil inisiatif menulis sebuah buku masakan bertajuk Sajian Eksotik Warisan Bugis bagi memastikan keunikan kulinari Bugis terus terpelihara.

"Masakan Bugis mempunyai keunikan yang tersendiri namun ia jarang ditemui di restoran dan kurang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Bagi saya, keistimewaan masakannya terletak pada bahan-bahan yang digunakan, cara penyediaan dan namanya yang unik.

"Rasanya juga enak dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat," katanya.

Friday, August 31, 2012

Perspektif Barat punca Bugis digelar lanun

31/08/2012 - 05:03:55 AM Dr Khoo Kay Kim - Berita Harian Online

Dalam penulisan sejarah Asia Tenggara, sehingga akhir-akhir ini memang sarjana Barat yang mempeloporinya. Sarjana tempatan hanya mulai memberi cabaran pada 1950-an. Maka muncullah istilah ‘sejarah Euro-centric’ dan ‘sejarah Malaya-centric’ di negara ini. Tetapi sehingga kini masih ramai sarjana yang tidak jelas, apakah perbezaan asas di antara dua persepsi ini.

Apa yang tidak dapat diakui ialah penulisan sejarah rantau Gugusan Kepulauan Melayu itu mula diselenggarakan oleh orang Barat. Akibatnya apabila sejarah rantau ini mula dipelajari dalam dunia akademik, sumber digunakan kebanyakannya sumber Barat. Antara yang terkenal ialah tulisan Tome Pires, Suma Oriental, yang ditulis dalam bahasa Portugis. Orang Belanda juga banyak menulis mengenai rantau ini dan permusuhan di antara mereka dengan orang Bugis begitu nyata. Kedua-dua pihak cuba menguasai perdagangan di rantau ini.

Penulis Barat yang ikhlas biasanya mengakui bahawa pada zaman dulu, orang Bugis ialah pedagang yang sangat penting di Gugusan Kepulauan Melayu. Di samping itu, ada juga yang suka memberi perspektif lain, iaitu orang Bugis ialah ‘lanun’. Di Britain, istilah ini mempunyai makna berbeza. Pada abad ke-16, Francis Drake yang terkenal kerana menyerang kapal musuh Britain dianggap sebagai wira di Britain dan dianugerahi gelaran ‘Sir’.

Apabila orang Eropah datang ke Timur, mereka menganggap orang Timur yang garang di laut sebagai ‘lanun’. Kecenderungan mereka, terutama orang British, kemudian berubah pada abad ke-19. Di Britain sendiri telah ada usaha untuk menetapkan takrif piracy. Kalau dulu, semua serangan di laut dianggap piracy.

Pada abad ke-19, menurut undang-undang baru, piracy hanya boleh berlaku sekurang-kurangnya tiga batu dari pantai iaitu di tempat yang tidak bertuan (‘no man’s territory’).

Kawasan lebih dekat dari itu biasanya kawasan yang mempunyai pemerintah. Menurut undang-undang baru itu, di sesebuah kawasan di bawah seseorang pemerintah, pemerintah itu berhak mengutip cukai apabila ada kapal menggunakan kawasannya. Kalau pihak asing itu enggan membayar cukai, pemerintah ada hak menggunakan kekerasan. Itu tidak boleh dianggap sebagai piracy.

Perlu perkenan raja

Rekod sejarah yang ditinggalkan orang Barat yang pernah datang ke Tanah Melayu pada abad ke-18 menunjukkan pedagang asing yang datang ke Tanah Melayu mesti mendapat perkenan daripada raja untuk berdagang. Sesungguhnya ada rekod Perancis yang menyebut bahawa pada zaman itu, raja ialah saudagar utama setiap kerajaan.

Keadaan ini diterima oleh orang Barat oleh sebab piracy hanya boleh dikatakan berlaku di kawasan yang ‘tidak bertuan’. Kalau kapal diserang di kawasan yang ada pemerintah, perbuatan itu disifatkan sebagai rompakan dan bukan piracy. Timbullah pertanyaan, mengapa orang Bugis dan juga pembesar tempatan biasa disebutkan sebagai lanun?

Keadaan ini amat jelas berlaku pada lewat abad ke-19 selepas Perjanjian Pangkor ditandatangani. Pegawai British yang berkhidmat di Semenanjung sentiasa mahu meluaskan pengaruhnya, pada hal Pejabat Kolonial lebih berhati-hati kerana takut pihak British menanggung kerugian kerana dana sangat diperlukan untuk menjalankan pentadbiran.

Justeru, pegawai di Semenanjung perlu mencari alasan untuk mengambil tindakan campur tangan dalam hal ehwal kerajaan Melayu. Tambahan pula, selepas 1867 Parlimen di Britain juga sering menyoal tentang tindakan yang diambil pegawai British di Semenanjung.

Wednesday, August 29, 2012

SUMPAHAN IKAN KEKACANG



Telah dikisahkan oleh moyangku, sebuah bahtera dari Gowa, Makassar dalam perjalanan ke Champa dipukul ribut dan pecah apabila terlanggar batu di laut China Selatan.

Tidak diketahui untung nasibnya tekong dan anak-anak kapal. Seorang pemuda keturunan Bugis telah berpaut pada seekor ikan kekacang selama hampir 3 bulan lamanya dengan meminum air hujan dan makan rumpai laut untuk hidup.

Akhirnya ikan kekacang itu telah menghantar dengan mendamparkan pemuda itu ke pantai. Pemuda tersebut dijumpai dalam keadaan lemah dan hampir pengsan di pantai berhampiran pulau batu yang dikenali dengan nama Batu Buruk, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.



Dengan badannya telah ditumbuhi teritip, pemuda tersebut telah dibawa ke sebuah rumah orang Bugis di Kampung Daik, Kuala Terengganu.

Apabila sedar, pemuda tersebut telah menceritakan perihal yang berlaku dan beliau membuat sumpahan, anak cucu dan keturunannya tidak boleh makan ikan kekacang, jika dilanggar akan ditimpa penyakit gatal.pemuda tersebut ialah Awang Setapa dan dikenali dengan nama Wan Setapa oleh masyarakat setempat.

Inilah adalah salasilah keturunan kami dan asal pantang-larang memakan ikan kekacang bagi kami. Pesanan mengenai larangan memakan ikan kekacang ini telah diperturunkan dari generasi ke generasi. Setakat mana kebenarannya hanya Allah yang maha mengetahui.

Tapi sehingga ke hari ini aku sendiri pun tak berani untuk makan ikan kekacang. Pernah terjadi bila aku termakan keropok yang dibuat dengan ikan kekacang, muka dan bahagian belakang aku berbintat kemerahan.

Ada juga cerita yang aku dengar yang hampir-hampir sama mengenai kejadian ini dan larangan memakan ikan kekacang ini kepada waris keturunan Bugis di negeri lain. Namun semua itu atas kuasa Allah jua yang maha memberi pertolongan.

PRINSIP BUGIS - Bugis Dok Degih

Bugis Dok Degih bermaksud Bugis adalah bangsa yang tidak goyah dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan dengan terus kukuh berpegang kepada prinsip Islam kerana ia merupakan perkara wajib yang dituntut. Secara hakikatnya; Bugis adalah Bangsa Unggul Gema Islam Syumul.

1. Bugis sentiasa mempertahan kehormatan keluarga.
2. Bugis menjaga maruah kaum wanita lambang kehormatan keluarga.
3. Bugis menjaga martabat diri dan juga orang lain.
4. Bugis tidak tunduk kepada orang lain.
5. Bugis memperjuangkan kebebasan kemerdekaan dan berdikari.
6. Bugis mempunyai pengalaman berabad dan tahan diuji.
7. Bugis tabah menghadapi masalah dan cabaran hidup.
8. Bugis berani kerana terbukti benar.
9. Bugis meletakkan sesuatu pada tempatnya.
10. Bugis mempunyai niat hati, kata ucap dan perbuatan yang selaras.
11. Bugis disegani kerana menjaga tata susila, beradab sopan dan tutur kata.
12. Bugis jujur pada diri, sesama manusia dan patuh pada Allah.
13. Bugis boleh dipercayai dan dapat menyesuaikan diri di mana jua.
14. Bugis tangkas, cekal dan tidak mudah menyerah kepada keadaan.

Monday, August 27, 2012

RAHSIA DI SEBALIK PEMOTONGAN PADA BAHAGIAN KEPAK AYAM

Bugis bangsa yang amat setia di dalam persahabatan, jujur, tidak berdendam sesama kerabat dan tidak sesekali akan menikam dari belakang. Begitu kejujuran Bugis apabila telunjuk lurus maka itulah hati seorang Bugis. Cara pemotongan kepak ayam menyimpan rahsia kejujuran ini, ianya diwarisi turun-temurun.



Orang-orang tua Bugis sering mengingatkan anak-anak mereka untuk memotong di kedua-dua bahagian ini apabila menyediakan ayam yang telah disembelih untuk dimasak, selain dari masakan resepi Bugis iaitu Ayam Masak Lengkuas (Likku), Ayam Masak Merah, Ayam Masak Kicap dan sebagainya.

Bangsa Bugis amat menghormati tetamu. Meskipun pada kebiasaannya orang-orang Bugis gemar memakan ikan, sebagai meraikan kehadiran tetamu, orang-orang Bugis amat bangga dan berbesar hati untuk menghidangkan lauk ayam untuk orang yang istimewa itu.

Berpandukan cara pemotongan pada kepak ayam di dalam lauk yang dihidangkan inilah, maka tetamu itu akan dapat mengenali lelulurnya sesama Bugis. Bagi seekor ayam yang disembelih itu, hidangan lauk yang mengandungi kedua-dua kepak itu akan dihidangkan khas untuk tetamu sahaja. Semoga generasi muda Bugis akan meneruskan cara pemotongan kepak ini untuk diwarisi sebagai kekuatan dan keteguhan jati diri bangsa Bugis selamanya.

Sunday, August 26, 2012

Hang Tuah Adalah Bugis

Hubungan Muhibah Melaka-Sulawesi

Sebermula adalah pada suatu hari, Sultan Mansur Syah fikir hendak mengutus ke Mengkasar, maka memanggil Bendahara Paduka Raja. Setelah Bendahara Paduka Raja datang mengadap, maka titah baginda, “Hamba hendak mengutus ke Mengkasar. Bagaimana kepada Bendahara, baiknya atau jahatnya?” Maka sembah Bendahara, “Sebaik-baik pekerjaan tuanku, berbanyak-banyak sahabat daripada seteru.”

Maka titah baginda, “Karanglah surat Hamba kepada raja Mengkasar.” Maka Bendahara pun bermohonlah kepada baginda, lalu kembali mengarang surat Sultan Mansur Syah kepada raja Mengkasar. Setelah sudah, lalu dipersembahkan Bendahara; maka disuruh baginda baca.

Setelah didengar Sultan Mansur Syah bunyi surat itu, terlalulah baginda berkenan. Adalah yang disuruhkan pergi utusan itu, Seri Bija Pikrama dengan Tun Sura Diraja. Maka keduanya pun menjunjung duli; surat pun diarak oranglah dengan gendang serunainya, nafiri, dan payung putih satu dan payung kuning satu. Maka sampailah kejambatan, maka kedua utusan itu pun tumnlah ke perahunya menyambut surat itu, dan yang menghantar surat itu pegawai empat orang. Setelah surat sudah turun maka sekalian yang menghantar itu pun kembalilah, maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun belayarlah.

Hatta berapa lamanya di jalan maka sampailah ke Mengkasar, pelabuhannya. Maka dipersembahkan oranglah kepada raja Goa, mengatakan utusan dari Melaka datang. Maka raja Goa pun keluarlah dihadap oleh keraeng-keraeng dan hulubalang dengan segala juak- juaknya, penuh dari balai datang ke tanah, orang yang mengadap.

Maka surat pun disuruhnya sambut dengan sepertinya, betapa adat menyambut surat raja-raja yang besar-besar itu, demikianlah dibuatnya dengan hormat mulianya; delapan orang hulubalangnya, diarak dengan bunyi-bunyian, Setelah datang, disambut oleh penghulu bentaranya, dipersembahkannya kepada raja di Goa.

Maka disuruhnya baca, setelah sudah dibaca, maka raja di Goa pun terlalu sukacita mendengar bunyi surat raja Melaka mengatakan daripada jalan muafakat itu. Setelah itu Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun naiklah menyembah raja di Goa, lalu duduk bersama-sama dengan hulubalangnya. Maka segala bingkisan pun dibawa oranglah masuk.

Maka titah raja di Goa, “Hei Orang Kaya, apa khabar saudaraku di Melaka, tiada ia sakit-sakit? Dan apa kehendaknya menyuruhkan Orang Kaya kedua ini, apa hendak dicari?”

Maka sahut Seri Bija Pikrama, “Khabar baik keraeng. Tidak apa kehendak paduka adinda menyuruh mengadap tuanku, sekadar hendak muafakat juga, keraeng.” Maka raja di Goa pun terlalu suka, seraya katanya, “Aku pun demikian lagi Orang Kaya, hendak muafakat dengan saudaraku raja Melaka.”

Maka sirih berkelurupang berceper pun datanglah, diberikan kepada Seri Pikrama dan Tun Sura Diraja. Maka kedua tempat sirih itu diberikannya kepada budak-budaknya, Seketika duduk, maka raja di Goa pun masuk; maka segala yang mengadap itu masing-masing kembalilah, maka Seri Bija Pikrama, dan Tun Sura Diraja pun turunlah ke perahu. Maka raja Mengkasar pun menyuruh menghantar pada kedua utusanitu, daripada sirih-pinang dan buah-buah serta dengan juadahnya.

Adapun akan Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, beberapa kali diperjamu oleh raja di Goa, Sentiasa ia mengadap dan berkata-kata dengan baginda.

Hatta angin musim pun telah bertiuplah; pada suatu hari datanglah Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja mengadap raja di Goa hendak bermohon kembali. Maka sembahnya, “Keraeng, patik hendak bermohon, kerana musim sudah ada.”

Maka titah raja di Goa, “Baiklah Orang Kaya; apa yang kegemaran saudaraku raja Melaka, supaya aku carikan.”

Dari Mana Hang Tuah Berasal


Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Tuanku, yang kegemaran paduka adinda itu, jikalau ada budak laki-laki yang baik rupanya dan sikap serta dengan beraninya, itulah yang kegemaran paduka adinda.”

Maka titah raja di Goa, “Budak-budak bagaimana itu? Anak orang baikkah? Atau sebarang orangkah?”

Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Jikalau boleh, anak orang baiklah, keraeng.”

Setelah baginda mendengar kata Seri Bija Pikrama itu, maka titah raja di Goa kepada juak-juaknya, “Pergi engkau semua carikanaku, anak daeng baik, anak hulubalang baik; barang yang baik rupanya dan sikapnya engkau ambil.”

Maka segala juak-juaknya pun pergilah mencari anak orang, daripada segala kampung dan dusun dicarinyatiada dapat olehnya. Maka didengamya ada anak raja Bajung yang terlalu baik rupanya dan sikapnya, bapanya sudah mati.

Maka segala juak-juak itu pun pergilah ke Bajung. Setelah sampai, dilihatnya sungguh seperti khabar orang itu, lalu diambilnya, dibawanya kembali mengadap raja di Goa dipersembahkannya.

Maka oleh raja di Goa, ditunjukkannya pada utusan itu. Maka titah baginda, “Budak ini berkenankah saudaraku di Melaka, orang kaya?”

Maka dipandang oleh utusan kedua itu, terlalulah ia berkenan dengan gemamya. Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Demikianlah tuanku, yang dikehendaki paduka adinda.”

Maka titah baginda, ”Jika demikian budak inilah Orang Kaya, aku kirimkan kepada saudaraku raja Melaka, ia ini anakraja Bajung, daripada tanda muafakat, serta dengan kasihku akan saudaraku raja Melaka, maka aku berikan.”

Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Sebcnamyalah titah tuanku itu; yang titah paduka adinda pun demikian juga, tuanku.”

Adapun anak raja Bajung itu Daeng Merupawah namanya; umumya baru dua belas tahun. Diceriterakan orang yang empunya ceritera, sudah dua ia membunuh, mengembari orang mengamuk di negeri.

Setelah keesokan hari, maka utusan kedua itu pun naiklah mengadap raja Mengkasar, didapatinya raja di Goa telah pepak diadap orang. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun duduk menyembah. Maka oleh raja di Goa utusan kedua itu dipersalini dengan sepertinya.

Maka keduanya menyembah. Maka titah raja di Goa, “Katakan kepada saudaraku, Orang Kaya, akan Daeng Merupawah ini petaruhku Orang Kaya kedua kepada saudaraku, raja Melaka. PerHamba ia baik-baik, dan kalau ada sesuatu yang dikehendaki oleh saudaraku, raja Melaka, dalam Mengkasar ini mcnyuruh ia kepada aku.” Maka sembah utusan kedua itu, “Baiklah tuanku.”

Setelah itu maka kedua utusan itu pun bermohonlah, lalu turun. Maka surat dan bingkisan pun diarak oranglah dengan selengkap alatnya, dengan segala bunyi-bunyian. Setelah datang ke perahu maka surat serta bingkisan itu disambut oranglah, disirupan. Maka segala yang menghantar itu pun kembalilah; maka Daeng Merupawah serta dengan Seri Bija Pikrama, maka kedua buahnya itupun belayarlah kembali.?

Hatta berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Mansur Syah, mengatakan Seri Bija Pikrama telah datang. Maka baginda pun keluarlah, semayam diadap segala Orang Besar-besar dan hulubalang sida-sida, bentara, biduanda, Hamba raja sekalian. Maka surat itu disuruh baginda sam but dengan istiadatnya. Maka Sed Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun bersamasama baginda, serta membawa Daeng Merupawah.

Setelah sampai ke balai, maka surat disambut bentara dipersembahkan ke bawah duli baginda; maka disuruh baca kepada khatib. Setelah sudah dibaca, maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar bunyi surat raja Mengkasar itu. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun naik menjunjung duli, lalu duduk mengadap kepada tempatnya sedia itu; maka Daeng Merupawah pun dipersembahkan ke bawah duli dengan segala pesan raja Mengkasar itu semuanya dipindahkannya.

Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu suka, serta berkenan baginda memandang rupa dan sikapnya Daeng Merupawah itu. Maka titah baginda, “Bagaimana maka raja Mengkasar berkirimkan anak raja Bajung ini? Dilanggarkah raja Bajung maka anaknya tertawan ini?”

Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Tiada tuanku, raja Mengkasar bertanya kepada patik akan kegemaran duli tuanku maka patik katakan gemar akan budak yang baik rupa.” Mala semuanya perihal ehwalnya habis dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mansur Syah. Maka baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji baginda.

Maka Daeng Merupawah itu dinamai baginda Hang Tuah, itulah asal Hang Tuah; maka dipeliharakan oleh baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda akan Hang Tuah, maka dianugerahi akan dia sebilah keris terupa Melaka dengan selengkap perhiasannya.

Adapun Hang Tuah selama ia di Melaka, tiada lain kerjanya, hanya berguru akan ilmu hulubalang. Barang siapa yang lebih tahunya dimasukinya; adalah kepada zaman itu tiadalah dua orang-orang muda sebagainya.

Adapun “Perhangan” ke bawah duli Sultan Mansur Syah yang setelah sudah pilihan delapan orang, iaitu Hang Jebat, dan Hang Kasturi, dan Hang Lekir, dan Hang Lekiu, dan Hang Ali dan Hang Iskandar, dan Hang Hassan, dan Hang Hussin; dan tua-tuanya Tun Bija Sura, menjadi sembilan dengan Hang Tuah. Sekaliannya berkasih-kasihan, muafakat, sama berilmu, tetapi kepada barang main tewas semuanya oleh Hang Tuah. Demikianlah diceriterakan oleh yang empunya ceritera.

Rujukan: Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu (Edisi Pelajar) – A. Samad Ahmad. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Monday, August 20, 2012

Salam Buat Semua Saudara Bugis

Aku adalah anak yang ke enam. Namaku diberi oleh arwah datuk, yang meminta ibuku untuk menamakan anaknya dengan nama Arung sejak daripada anak yang pertama lagi. Akhirnya aku diberikan nama Harun sebagaimana permintaan datuk ku yang berketurunan Bugis.

Friday, August 3, 2012

ZULHIJJAH

(i) 1 - 8hb. - Sunat Berpuasa.
(ii) 8hb. - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
(iii) 9hb. (hari wukuf di Arafah)
- Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
- Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
- Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali.
(iv) 10hb. - Hari Raya Haji / Solat Sunat Hari Raya Korban / Membaca Takbir.
- Melakukan korban / sedekah.
(v) 11hb., 12hb. & 13hb. (hari-hari Tasyrik).
- Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
- Takbir lepas solat waktu.
(vi) 29hb. atau 30hb. - Selepas solat 'Asar membaca doa di bawah:-

DOA AKHIR TAHUN



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN

Doa ini perlu dibaca selepas solat Maghrib iaitu masuk bulan Muharram, yakni permulaan tahun baru Hijrah.



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Amalan Sepanjang Bulan Zulhijjah

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat selain sunat Zulhijjah (1hb. - 8hb.) ialah pada hari Khamis dan Isnin atau pada iaitu 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap). Haram puasa pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

ZULKAEDAH

Amalan Sepanjang Bulan Zulkaedah

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

SYAWAL

Amalan Sepanjang Bulan Syawal
(i) Membayar zakat fitrah sebelum solat sunat Idul-Fitri.
(ii) Solat sunat Idul-Fitri (Solat Hari Raya)
(iii) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal setelah sempurna puasa Ramadhan mendapat pahala puasa setahun.
(iv) Membaca takbir sehingga solat Idul-Fitri.
(v) Hidupkan malam 1 Syawal dengan banyak beribadat.

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat selain sunat Syawal 6 hari iaitu pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap). Haram puasa pada 1 Syawal.
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

RAMADHAN

Amalan Sepanjang Bulan Ramadhan
(Bulan Puasa, Bulan al-Quran, Bulan Sedekah, Bulan Solat Malam dan Bulan Sabar)

(i) Membaca doa awal malam Ramadhan.
(ii) Solat sunat tarawih dan witir pada waktu malam.
(iii) Memperbanyakkan bmembaca al-Quran.
(iv) Memperbanyakkan sedekah.
(v) Memperbanyakkan ibadah di waktu malam khususnya malam 21hb. sehingga 30hb.
(vi) Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah bulan ini menyamai pahala satu haji.

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu selain Terawih dan Witir khususnya sunat tahajud di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Membaca segala wirid/doa harian.
(f) Bersedekah.
(g) Mengerjakan umrah jika mampu.
(h) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(i) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(j) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(k) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

SYAABAN

Amalan Sepanjang Bulan Syaaban

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

REJAB

Bulan Allah

(i) Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar dari Allah.
(ii) Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan dari Allah.
(iii) Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal.
(iv) Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka.
(v) Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga.
(vi) Puasa 10 hari - Allah akan memakbulkan permintaannya.
(vii) Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
(viii) Tambahan puasa menambah pahalanya.
(ix) Membaca surah al-ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari atau lebih.
(x) Membaca Al-Quran.
(xi) Memperbanyakkan doa, istighfar dll. seperti berikut:-



1hb. - 30hb. Rejab 70x (Subuh dan Asar)
1hb. - 10hb. Rejab 100x
11hb. - 20hb. Rejab 100x
21hb. - 30hb. Rejab 100x

27hb. Rejab. Isra' Mi'raj - digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa ini dan mengerjakan puasa sunat.

Amalan Sepanjang Bulan Rejab

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

JAMADILAKHIR

Amalan Sepanjang Bulan Jamadilakhir

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

JAMADILAWWAL

Amalan Sepanjang Bulan Jamadilawwal

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

RABIULAKHIR

Amalan Sepanjang Bulan Rabiulakhir

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

RABIULAWWAL

Amalan Sepanjang Bulan Rabiulawwal

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

SAFAR

Amalan Sepanjang Bulan Safar

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.

MUHARRAM

1 - 9hb. - Sunat Puasa
10hb. - Sunat Puasa (Hari Asyura)
dan
(i) Menyapu kepala anak yatim.
(ii) Bersedekah kepada fakir miskin)
(iii) Bercelak Mata
(iv) Meluaskan perbelanjaan keluarga
(v) Memperbanyakkan bacaan berikut (sekurang-kurangnya 70 kali.)
Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maulaa wanikman nashir 70x



Amalan Sepanjang Bulan Muharram

(a) Solat Fardhu Berjemaah
(b) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud dan Witir di waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
(c) Membaca al-quran dan tafsir.
(d) Menghadiri majlis ilmu dan ceramah, Kelas Ugama dll.
(e) Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb., 14hb., dan 15hb., dipanggil (dipanggil hari-hari bulan cerah) dan 28hb. 29hb. dan 30hb. (dipanggil hari-hari bulan gelap).
(f) Membaca segala wirid/doa harian.
(g) Bersedekah.
(h) Mengerjakan umrah jika mampu.
(i) Memerlihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan yang keji.
(j) Mengingati mati dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati, solat maiyit dan menghantarnya ke kubur.
(k) Menziarahi sahabat handai, saudara mara terutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.
(l) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.