Tunaikan tanggungjawabnya untuk memilih calon terbaik.
Pada
zaman sekarang pilihanraya adalah satu cara untuk memilih pemimpin, calon yang
paling tinggi menerima undi akan memenangi pertandingan itu untuk dilantik
sebagai wakil rakyat. Dalam hal ini, setelah melalui beberapa sesi kempen, penerangan
dan ceramah anda telah mempunyai calon pilihan hati terbaik untuk diundi.
Meskipun calon yang bakal dipilih itu anda suka, berada dalam kelompok lebih
meyakinkan. Persoalannya adakah pilihan anda itu benar-benar tepat. Adakah
diyakini bahawa calon tersebut melaksanakan tugasnya menunaikan janji-janjinya apabila
memenangi pilihanraya? Apakah dia akan berada di landasan yang betul ataupun sekadar
menggunakan platform pilihanraya untuk agenda peribadi atau semangat
perjuangannya dilunturkan akibat hatinya yang berbolak-balik. Pengundi dan anda
yang juga memberikan satu undi bagi menyumbang kemenangannya, pasti akan
terkesan apabila perkara ini berlaku.
Siapakah
yang patut dipersalahkan sekiranya
perkara ini berlaku? Justeru, anda mestilah calon yang paling baik di antara
calon-calon yang baik tersebut dan tentunya apa-pun natijah kemenangannya tidak
akan memberikan kebuntuan atas dasar anggapan.