Saturday, March 16, 2019

Petua Tradisional Untuk Mengawal Kencing Manis

Setiap penyakit ada ubatnya. Di samping usaha dan ikhtiar untuk mengubati penyakit kencing manis atau lebih dikenali sebagai diabetis, mengawal pemakanan adalah juga merupakan usaha untuk mengekang penyakit itu agar dapat bertahan dari terus merebak. Rawatan dan nasihat doktor perlu dipatuhi dan elakkan diri kita daripada menjadi mangsa kepada pengambilan ubat tanpa kawalan. Adakalanya, pesakit mungkin akan 'bercakap besar' apabila tahap gulanya menurun apabila diuji setelah makan 'ubat ajaib'. Sedangkan bahan yang dikatakan ubat itu hanyalah dapat mengelirukan alat bacaan tahap gula sedangkan kandungan gula pada hakikatnya masih tinggi. 

Akibatnya, dengan keyakinan tidak tepat ini dan ditambah pula ketagihan pada gula yang sedia ada akan membuatkan pesakit kembali kepada tabiat pemakanan lama mereka. Kesannya, ubat yang dianggap ajaib itu mungkin merencatkan tindakbalas tubuh yang normal dan membawa kepada kesihatan yang makin cepat menurun. Apalagi kalau ubat itu sendiri ada bahan terlarang yang membawa kerosakan kepada organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan jantung.

Berjagalah sebelum kena tetapi kalau dah ditakdirkan  berwaspadalah kerana diabetis adalah penyakit kronik yang tidak berjangkit pada orang lain tetapi penyakit itu melemahkan badan pesakit dengan cepat jika tidak dikawal. Kawal pemakanan dan buat latihan fizikal mengikut nasihat doktor.

Berikut adalah petua untuk bertahan kencing manis secara tradisional.



1. Daun buluh kuning jemur sehingga kering. Ambil 2 atau 3 helai dan rebus dengan 5 gelas air.
Jadikan 2 gelas sahaja dan apabila sejuk, minum sekerap 3 kali sehari. Sekali minum ¾ gelas kecil.






2.     Beli ½ kilo rebung buluh kuning basuhkan. Rebus dengan ½ kilo kulit kerang baru. Rebus
menggunakan periuk tanah dengan memasukkan 1 ½ liter air dengan api sederhana.


3.    Goreng petai belalang tanpa minyak. Ditumbuk bijinya sehingga halus seperti kopi sehingga halus dan ambil beberapa sudu, ditambah dengan air panas. Campurkan dengan air dan diminum. Amalkan selama 5 minggu sebanyak 2 kali sehari. Jika boleh amalkan selalu seperti meminum kopi.


4.    20 helai daun sirih direbus dengan 4 gelas air sehingga tinggal 2 gelas sahaja. Angkat dan biarkan suam. Jadikan ia minuman.


5.    Amalkan memakan bawang putih selalu. Kawal jarak bila bercakap kerana nafas anda berbau bawang putih.



6.     Segenggam daun dedap dicampur dengan 3 hingga 4 gelas air. Rebus dan diminum. Amalkan 1
hingga 2 kali sehari sebanyak 1 gelas setiap hari.

No comments:

Post a Comment