Thursday, September 27, 2018

AMALAN MURAH REZEKI

Di dalam pelayaran kapal pinis, ada masanya kita akan memancing untuk mendapat ikan. Ikan itu dijadikan lauk, selebihnya digaramkan untuk dibuat kering. Memancing ini ada caranya; untuk mendapat ikan yang kecil, kita perlukan umpan yang kecil. Untuk ikan yang lebih besar maka perlu dibubuh umpam yang lebih besar lagi.

Begitu juga dalam kehidupan ini. Untuk mendapat rezeki yang lebih perlu memberikan sedekah yang lebih. Jangan bakhil, jangan kedekut. Berinfaqlah. Carilah rezeki yang halal kerana padanya ada keberkatan. Bersedekahlah dengan sumber daripada rezeki yang halal. Jangan sesekali mencari pendapatan dengan cara yang dilarang.

Nak beri sedekah pada siapa? Berikan pada ibu dan bapa kita sebagai HADIAH selain daripada tanggungan kewajipan anak kepada kedua ibu bapa. Jika bulanan dah beri itu kewajipan. Yang dimaksudkan ini SPECIAL award. Mulakan semaksimum ikhlas, mulakan dengan RM100 hari ini atau nanti bila bertambah buat setiap hari. Nanti rezeki anda mendapat limpahan RM1000 sehari. Yakin, yakin, yakin.

Selain doa, solat dhuha, bacaan surah al-waqiah.
Jangan sesekali tinggalkan SEDEKAH.

No comments:

Post a Comment