AKIDAH
AJARAN SESAT
PENGERTIAN
AJARAN SESAT
- Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
SEBAB-SEBAB
KEMUNCULAN AJARAN SESAT
- Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
- Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.
- Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.
- Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
- Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Qadiani.
- Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
- Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
- Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
- Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
- Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
- Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.
CONTOH-CONTOH
AJARAN SESAT
Qadiani
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia
pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di
Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq
bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad
bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan
mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad
bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang
bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad
bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan
jihad;
(e) mengubah
ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat
pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa
malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan
Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa
bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.
Bahai
1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal
dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai
Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang
diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850
Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953
melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad
bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad
bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad
bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad
bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad
bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan
kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak
kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan
agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah
bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan
dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan
bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.
Taslim
1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih
dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di
Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah
Ismailiah Batiniah.
Ciri-ciri
kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad
bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur
Muhammad;
(b) beriktikad
bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan
ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan
perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak
kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat
secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap
Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.
LANGKAH-LANGKAH
MENANGANI AJARAN SESAT
1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar.
Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar
melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa
didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak,
elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan
undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan
ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran
sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat
beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu,
Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.
No comments:
Post a Comment