Pepatah melayu ada menyebut - rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Amatlah sukar untuk mengenal hati budi seseorang bila mana kini ramai boleh menjadi pelakon. Ramai yang malas bekerja dan diketahui kemalasannya tetapi mendapat hadian anugerah pekerja cemerlang misalnya.
Oleh itu, agar kita tidak tersalah memilih seseorang untuk dijadikan ketua, adalah disaran untuk kita melakukan solat istiqarah. Menang atau kalau orang yang dipilih bukan soalnya tetapi dengan melaksanakan solat istiqarah kita telah mendapat jawapan yang tepat dan tentunya kita tidak lagi dipersoalkan semasa akhir kelak.
Memilih secara luaran, mungkin ada biasnya. Seseorang yang berada dalam perjuangan agama, yang kelihatan warak dan alim serta mampu berbicara perkataan yang baik belum tentu begitu hakikatnya. Dan jika seseorang itu telah ternyata melanggar hukum maka wajiblah kita menolaknya.
Sebagai muslim yang bijak atau muslim yang progresif di zaman yang moden ini kita seharusnya perlu mengelakkan diri kita daripada melakukan keputusan yang terburu-buru atau tergesa-gesa dengan tidak berfikiran panjang dalam melakukan keputusan terhadap apa-apa pilihan.
Hargailah nikmat Istikharah yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang telah mengajarkan kepada umatnya keisitimewaan Istiqarah ini.
Sesungguhnya, dengan mengaplikasikan cara ini dengan praktikal yang mengikut ajaran Rasullullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ianya dapat memberi manfaat kepada umat Islam dalam berpegang teguh kepada takdir qada' dan qadar Allah SWT.
No comments:
Post a Comment