SUSUNAN ALMARHUM DATO’ USTAZ
HAJI ISMAIL KAMUS
1. Bangun Malam (sekitar
jam 3 pagi) - Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8
rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (minta
Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta).
6. Solat Sunat Witir 3
rakaat.
7. Istighfar - 100x
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه )
8. Tahlil - 300x
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله )
9. Baca Doa Nabi Yunus - 40x
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ )
10. Tasbih - 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ )
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas
subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6
rakaat.
15. Solat Zohor.
-
Solat sunat sebelum
-
Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
-
Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
-
Solat sunat selepas
18. Solat Isya'
-
Solat sunat sebelum
-
Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
-
Al-Quran
- Surah
Al-Mulk
- Surah
Sajjadah
- Surah
Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti
sedekah, walaupun sedikit.
“Di
dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Ustaz
Ismail Kamus
Kata
Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
·
Allah akan sibukkan kita dengan urusan
dunia.
·
Allah akan sibukkan kita dengan urusan
anak-anak.
·
Allah akan sibukkan kita dengan urusan
perniagaan.
·
Allah akan sibukkan kita dengan harta.
·
Allah akan sibukkan kita dengan mencari
pengaruh pangkat dan kuasa.
1. Alangkah
ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu
bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka
memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
2. Tujuan
kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT.
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telahpun ditentukan oleh
Allah SWT.
3. Kita
mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji,
pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
4. Kenapa
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada
kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga
malam untuk solat tahajjud.
5. Kita
cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu
melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
6. Kesemua
petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan
harta mengatasi segalanya.
7. Setiap
kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita
telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah
SWT semakin dekat.
8. Kita
patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak
akan kembali lagi buat selama-lamanya.
9. Sesungguhnya
mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar,
mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
No comments:
Post a Comment