Sunday, December 29, 2019

BERSYUKURLAH DALAM SITUASI APA PUN


Doa Nabi Allah Sulaiman A.S


Monday, September 2, 2019

DESITAPAKA - DESIT TAPAKA (GAGAL PATAH)

(SUARAMU SYAIRKU)

DESITAPAKA (DESIT TAPAKA)

Nyanyian Harry Khalifah, Lirik Asif


Pandanglah aku sembuhkan cintamu,

Muhasabah membetuli diri demi cinta Mu

 

Kerana aku mema’kan dirimu,

Kerana aku memerhati (mema’kan) dirimu


Janganlah jangan mema’kan dihidup,
Jangan sesekali memerhati (mema’kan) luaran

 

Kami pekita wang kepekasiku.
Kami, serupa kita, nilai kepada yang memberi

 

Di sana kiri kala cinta kamu,

Harta tolak ketepi kerana ikhlas cinta kepada mu


Perata kita lame cintariku,

Sekian lama kita (meratakan) belajar dari pengalaman

 

Janganlah jangan menaka kitamu,

Jangan sesekali membuat salah, atas nikmat (menaka – menangka; terkena getah nangka)

 

Desitapaka wahai kekasihku.

Seutuhnya (desit tapaka / gagal dipatahkan)wahai kekasih ku

Bila ma’kan cintamu,
Bila perhati cintamu

 

Maka ma’kan hidupku,
Maka perhati hidupku

 

Aku sesejamamu.

Aku sama saja dengan mu

Aku ma’kan cintamu,

Aku perhatikan cinta mu

Walau ma’kan hidupku,

Walau diperhatikan hidupku


Aku ma’kan ima mu,

Aku perhatikan pendirian mu

Aku ma’kan hidupku,

Aku perhatikan diriku

Oh cilaka cintamu.

Oh ruginya cintamu

Make maku balapa,
Maka tanggungjawabku bersabar (berlapar)

 

Maklumat jadi satu,
Mempunyai pendirian yang sama.

 

Rekang haka kanya,
Terbuka sebenarnya milikNya

 

Kepa kepadamu.
Genggam(kepal) kepadaMu

 

Cinta berpadu,
Cinta sebenarnya

 

Bila ma’kan cintamu,
Bila aku perhati cintamu

 

Maka ma’kan hidupku,
Maka aku perhatikan hidupku,

 

Aku sesejamamu.
Aku sama saja dengan mu

Aku ma’kan cintamu,
Aku perhatikan cintamu

 

Walau ma’kan hidupku,
Walau diperhatikan hidupku

 

Aku ma’kan ima mu,
Aku perhatikan pendirian mu


Aku ma’kan hidupku,
Aku perhatikan diriku

 

Oh cilaka cintamu.
Oh ruginya cintamu

Make maku balapa,
Maka tanggungjawabku bersabar (berlapar)


Maklumat jadi satu,

Mempunyai pendirian yang sama.

 

Rekang haka kanya,
Terbuka sebenarnya milikNya

 

Kepa kepadamu.
Genggam(kepal) kepadaMu


Di sana kiri kala cinta kamu,
Harta tolak ketepi kerana ikhlas cinta kepada mu

 

Perata kita lame cintariku,
Sekian lama kita (meratakan) belajar dari pengalaman,

 

Janganlah jangan menaka kitamu,

Jangan sesekali membuat salah, atas nikmat (menaka – menangka; terkena getah nangka)

 

Desitapaka wahai kekasihku.

Seutuhnya (desit tapaka - gagal dipatahkan) wahai kekasih ku

Wednesday, April 17, 2019

AKHLAK YANG HEBAT

Akhlak pertama: Tidak menyakiti orang lain.
Akhlak kedua: Menjauhkan bahaya.
Akhlak ketiga: Memiliki rasa malu.
Akhlak keempat: Adab dalam berbicara.
Akhlak kelima: Jangan berdusta.
Akhlak keenam: Jangan bertengkar dan jangan suka membantah.

Saturday, March 16, 2019

Petua Tradisional Untuk Mengawal Kencing Manis

Setiap penyakit ada ubatnya. Di samping usaha dan ikhtiar untuk mengubati penyakit kencing manis atau lebih dikenali sebagai diabetis, mengawal pemakanan adalah juga merupakan usaha untuk mengekang penyakit itu agar dapat bertahan dari terus merebak. Rawatan dan nasihat doktor perlu dipatuhi dan elakkan diri kita daripada menjadi mangsa kepada pengambilan ubat tanpa kawalan. Adakalanya, pesakit mungkin akan 'bercakap besar' apabila tahap gulanya menurun apabila diuji setelah makan 'ubat ajaib'. Sedangkan bahan yang dikatakan ubat itu hanyalah dapat mengelirukan alat bacaan tahap gula sedangkan kandungan gula pada hakikatnya masih tinggi. 

Akibatnya, dengan keyakinan tidak tepat ini dan ditambah pula ketagihan pada gula yang sedia ada akan membuatkan pesakit kembali kepada tabiat pemakanan lama mereka. Kesannya, ubat yang dianggap ajaib itu mungkin merencatkan tindakbalas tubuh yang normal dan membawa kepada kesihatan yang makin cepat menurun. Apalagi kalau ubat itu sendiri ada bahan terlarang yang membawa kerosakan kepada organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan jantung.

Berjagalah sebelum kena tetapi kalau dah ditakdirkan  berwaspadalah kerana diabetis adalah penyakit kronik yang tidak berjangkit pada orang lain tetapi penyakit itu melemahkan badan pesakit dengan cepat jika tidak dikawal. Kawal pemakanan dan buat latihan fizikal mengikut nasihat doktor.

Berikut adalah petua untuk bertahan kencing manis secara tradisional.



1. Daun buluh kuning jemur sehingga kering. Ambil 2 atau 3 helai dan rebus dengan 5 gelas air.
Jadikan 2 gelas sahaja dan apabila sejuk, minum sekerap 3 kali sehari. Sekali minum ¾ gelas kecil.






2.     Beli ½ kilo rebung buluh kuning basuhkan. Rebus dengan ½ kilo kulit kerang baru. Rebus
menggunakan periuk tanah dengan memasukkan 1 ½ liter air dengan api sederhana.


3.    Goreng petai belalang tanpa minyak. Ditumbuk bijinya sehingga halus seperti kopi sehingga halus dan ambil beberapa sudu, ditambah dengan air panas. Campurkan dengan air dan diminum. Amalkan selama 5 minggu sebanyak 2 kali sehari. Jika boleh amalkan selalu seperti meminum kopi.


4.    20 helai daun sirih direbus dengan 4 gelas air sehingga tinggal 2 gelas sahaja. Angkat dan biarkan suam. Jadikan ia minuman.


5.    Amalkan memakan bawang putih selalu. Kawal jarak bila bercakap kerana nafas anda berbau bawang putih.



6.     Segenggam daun dedap dicampur dengan 3 hingga 4 gelas air. Rebus dan diminum. Amalkan 1
hingga 2 kali sehari sebanyak 1 gelas setiap hari.