Thursday, September 29, 2016

Bangsa Mulia Menjunjung Agama

Mulia bangsa berbudi bahasa
Mulia umat hidup beradat
Mulia anak sempurna akhlak
Mulia tua sempurna agama
Islam dan adat hidup menyatu
Ibarat mata putih dan mata hitam
Rosak yang putih binasa yang hitam
Rosak yang hitam binasa yang putih
Dianjak layu diumbut mati
Bila dibuang membawa malang
Bila dianjak membawa rosak
Bila diungkai aib terburai
Bila dipisah hilanglah maruah

Friday, September 16, 2016

AMALAN UNTUK MENYINGKIRKAN TETAMU YANG NAIK KEPALA




WA HIYA TADZRUUHUR RIYAAHU WA KAANALLAHU ‘ALAA KULLI SYAI’IN MUQTADIRAA, RABBANAKASYIF, ANNAL ADZAABA INNA MUKMINUUNA YAUMAIDZIN YASHDURUN INFIRUU KHIFAAFAUW WATSIQAALAA.

Kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam -macam. Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau merasa berat.

Rumah kita, tanah kita adalah milik kita. Jika ada tetamu yang datang secara baik pada mulanya tentulah mereka akan diraikan. Kita raikan mereka seperti tetamu. Dan selagi mereka berada dalam tanah kita dengan cara baik selagi itulah mereka tetamu tetapi setelah sekian lama menjadi tetamu mereka pulak mahu menjadi tuan rumah. Maka amalkan selalu ayat-ayat di atas, dengan beranggapan mereka adalah tetamu. Amalan ini sudah pasti menjadikan tetamu yang bukan sahaja lama bertandang malah tetamu yang telah beranak-pinak pun akan meninggal tanah ini. Marilah kita sama-sama amalkan agar tetamu-tetamu itu segera meninggalkan rumah kita.